Counters
Bilangan Tetamu
Cerita Tahun Baru Pulak
Tahun Baru mula menjengah
2007 pergi kini 2008 menyinggah
detik saat dikira tanpa lelah
happy sakan macam nak dapat hadiah

berdetinglah jam 12 malam
bunga api mula menghias awan
konsert tak henti dari semalam
hiburan sakan yang muda mudi nantikan

asap berkepul-kepul bercampur bau
air kuning diminum tanpa jemu
si gadis seksi tak reti malu
si jantan pulak tersenyum menanti waktu

mat rempit mula beraksi
awek seksi dan duit sebagai saguhati
kena menang biarpun mati
kalau kalah hilanglah maruah diri

apalah nak jadi manusia sekarang
hiburan dan maksiat tak boleh lekang
tak boleh tegur tak boleh larang
silap hari bulan kita pulak yang diparang

yang peliknya kat malaysia ni
bila bab maksiat semua menjadi
bila bab ISLAM kena itu ini
banyak songel pulak untuk perkara ukhrawi

nak imarahkan masjid kena ikut masa
dah tu permit kenalah ada
tak boleh buat ceramah sesuka kita
walaupun usrah yang sekejap cuma

program agama sentiasa dipantau
khutbah jumaat disediakan teks
takut menghasut jadi umat melampau
nanti polis tak dan nak rileks

dulu ISLAM kini Hadhari
konon nak bawa arus pemodenan
biar ISLAM maju dari segala segi
tapi yang maju hanyalah maksiat dan hiburan

ISLAM dah maju sejak dahulu lagi
dari zaman nabi hingga salafi
cuma kita je yang tak sedar lagi
sebab tu masih jadi kuli

bila barat mengejek nabi
bukan main dia marah sakan
tapi bila barat buat itu ini
boleh pulak dia jadikan panduan

licik si kuffar punya rancangan
pelbagai cara yang mereka lakukan
dari fesyen hingga ke pemikiran
kita pulak ikut konon kemajuan

sedarlah saudaraku sedarlah umat ISLAM
bertaubatlah selagi mana ada jalan
bila-bila masa je kita boleh padam
jangan di sana baru ada penyesalan

\\'a||ahu'alam...
4 komentar

salam,
siap berpantun lagi nie...memang tahun baru sungguh, ke nak lawan achik nie...

p/s: moga pantun ini boleh mengetuk jiwa yang sedang terlena...

January 6, 2008 at 6:43 AM  

Sa|aM...
ahaa...nak lawan achik? oo..no..no..nooo...silap besau tuh... bukan nak belagak la cume rasenyer pantun achik tu tahap budak tadika jek....huhuhu....mare kee...??? gurau je achik...=)

January 6, 2008 at 7:01 PM  

salam hanan..inah ni @ bacillus..ingat tak?

salam maal hijrah =)

January 11, 2008 at 9:16 AM  

salam inah...uish..ingat sesangat ler...=)..salam ma'al hijrah juga untukmu...

January 12, 2008 at 10:24 PM  

Post a Comment

<< Home