Counters
Bilangan Tetamu
Istimewa Buat Tuan Guru Nik Aziz
Photobucket
Tenangmu menggamit seribu makna
Akal menjana pelbagai rencana
Strategi yang bisa menggegarkan
Hati-hati insan yang gila kuasa dan harta
Yang buta mata hatinya
Yang dungu akal mindanya
Dalam memilih kristal dan kaca.

Photobucket
Senyummu penyejuk kalbu
Biar sulit datang menghimpit
Juga senang datang mengulit
Hatimu bijak menangkis dan menafsir
Membahagi antara dua
Mazmumah atau mahmudah
Dunia atau akhirat
Hidup atau mati
Rakyat atau diri sendiri

Photobucket
Bicaramu memecah tembok kejahilan
Tazkirah dan khutbah menjadi jamuan rohani
Bisa menarik semula hati-hati insan
Kembali menyusuri jalan kebenaran
Keringat yang mengalir tidak pernah dihiraukan
Kesakitan yang bertamu tidak ingin dikesalkan
Asal saja harapanmu terlaksana
Umat Muhammad kembali terjaga
Dari lena panjang dibelai dunia durjana
Kerana ajal sentiasa memanggil-manggil kita
Antara dengar dan tuli
Antara sedar dan alpa
Dunia dan kita pasti tersungkur
Menyembah Rabbul 'Izzati

Photobucket
Airmatamu mengalir tenang
Menitip impian yang tak mungkin tersirna
Walau diasak seribu kebuntuan
PadaNya jua kau sandarkan kebergantungan
Mendaulahkan kembali syiar Islamiyyah
Semoga jihadmu tidak terhenti disini
Menjadi inspirasi setiap generasi
Jika kemenangan bukan habuan
Pastikan syahid galang gantinya...
Allahu Akbar!!!
0 komentar

Post a Comment

<< Home